MARANG: Sepasang suami isteri direman seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh seorang warga emas di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu, semalam.
Perintah reman hingga 8 Nov terhadap mereka dikeluarkan Majistret Nur Azureen Zainalkefli di Mahkamah Majistret Marang bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
Semalam, Bernama melaporkan seorang wanita berusia 65 tahun ditemukan maut dengan 15 kesan tikaman di badannya di dalam longkang di tepi jalan besar berhadapan Pejabat Agama Hulu Terengganu di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu pada 4.35 pagi.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan dilaporkan berkata mangsa yang merupakan pesara kerajaan bersama-sama seorang wanita dipercayai rakan kongsi perniagaannya yang bekerja sebagai tukang jahit, menaiki sebuah kereta jenis Honda Jazz sebelum berlaku pertengkaran antara mereka dipercayai rasa tidak puas hati berhubung pembahagian keuntungan perniagaan.
Mangsa kemudian dikatakan keluar dari kenderaan itu sebelum dilanggar wanita berusia 35 tahun berkenaan yang selepas itu bertindak menikam mangsa sebanyak 15 kali di bahagian badan menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Sehubungan itu, polis menahan suspek di rumahnya di Wakaf Tapai, di sini, pada hari sama sebelum menahan suaminya yang berumur 37 tahun dan bekerja sebagai mekanik selaku pemilik kenderaan yang digunakan untuk melanggar mangsa, bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Seorang wanita berusia 65 tahun ditemukan maut dengan 15 kesan tikaman di badannya di dalam longkang di tepi jalan besar berhadapan Pejabat Agama Hulu Terengganu di Kuala Berang. - Gambar/ Sinar Harian
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
Aepul Roza akui tumpang publisiti, populariti libatkan kontroversi artis
Jelas Aepul, langkah yang diambil tepat dengan situasi yang menggemparkan industri seni tempatan jika memandang dari aspek perniagaan dan bisnes.
Cuepacs yakin semua negeri sedia selaras kenaikan gaji penjawat awam ikut Persekutuan
Cuepacs yakin semua kerajaan negeri bersedia melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam mereka, selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Fokus Minggu Depan: Era baharu kepimpinan Singapura
Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show
Kaka turut melihat bahawa rancangan ini sebagai platform yang baik untuk melebarkan lagi sayap bakatnya dalam bidang persada seni suara.
JS-SEZ: Johor cadang wujud dasar kekang spekulasi lonjakan harga hartanah
Kerajaan Negeri Johor bercadang untuk mewujudkan dasar bagi mengekang spekulasi mengenai lonjakan harga hartanah susulan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura (JS-SEZ).
69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang alami gangguan bekalan air
Perkhidmatan bekalan air untuk kira-kira 69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang terjejas berikutan masalah bekalan elektrik.
Orang ramai beri penghormatan terakhir buat mendiang Mutang
Lintas langsung wakil Astro AWANI Sarawak, Rudi Affendi Khalik dari Miri bagi upacara penghormatan terakhir Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal.
Kerajaan negeri diseru pinda enakmen berkaitan hutan, masukkan kaedah penyiasatan awam
Semua kerajaan negeri diseru untuk melaksanakan pindaan terhadap enakmen berkaitan hutan negeri masing-masing dengan memasukkan kaedah penyiasatan awam,
Bilangan ahli UMNO bertambah walaupun selepas pemutihan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, bilangan ahli parti itu semakin bertambah biarpun selepas melakukan langkah pemutihan melibatkan ahli-ahli yang telah meninggalkan parti itu.
Suami isteri direman seminggu bantu siasatan kes langgar, tikam warga emas
Sepasang suami isteri direman seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh seorang warga emas di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu, semalam.
Pesara maut dilanggar, ditikam rakan dipercayai akibat perselisihan faham
Seorang pesara kerajaan ditemukan maut dengan kesan tikaman pada badan dipercayai dibunuh dalam kejadian di tepi jalan di Kuala Berang, Hulu Terengganu awal pagi Rabu.